Batik Air Tawar Tiket Murah Ke Sabah & Sarawak Sempena Aidilfitri – Dari RM319

LocalTravel
7 Mar 2025 • 2:25 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Batik Air menawarkan tiket penerbangan tambang tetap serendah RM319 untuk ke Sarawak dan RM379 untuk ke Sabah. Inisiatif ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dalam satu majlis berbuka puasa anjuran syarikat penerbangan tersebut.

image is not available

Menurut beliau, langkah ini bertujuan memberikan pilihan perjalanan yang lebih adil, telus dan berpatutan bagi rakyat Malaysia yang ingin pulang ke kampung halaman pada musim perayaan.

Tambahan 140 Penerbangan

Selain menawarkan tambang tetap, Batik Air turut menambah sehingga 140 penerbangan tambahan ke pelbagai destinasi utama dalam negara seperti Kota Bharu, Alor Setar, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Sandakan, Tawau dan lain-lain.

image is not available

“Dengan peluasan ini, Batik Air menyediakan lebih 22,000 tempat duduk tambahan sepanjang tempoh kemuncak perjalanan, sekali gus meningkatkan akses dan memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar bagi semua penumpang,” kata Loke.

Batik Air Terus Perkukuh Rangkaian Penerbangan

Loke turut menegaskan bahawa pertumbuhan pesat Batik Air mencerminkan komitmen syarikat dalam meningkatkan pengalaman penumpang serta memperkukuh rangkaian penerbangannya di Malaysia.

image is not available

“Pertumbuhan syarikat penerbangan ini adalah bukti kepada dedikasi dalam menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan dan saya menantikan lebih banyak inisiatif yang mengutamakan keperluan penumpang.

“Kami menggalakkan syarikat penerbangan untuk terus mengamalkan strategi penetapan harga yang adil dan telus yang meningkatkan kesalinghubungan dalam Malaysia dan luar negara,” katanya.

Sumber: Bernama