Batu Besar Mirip Bentuk Ikan Gergasi Di Padang Pasir Tarik Perhatian Ramai

10 Dec 2022 • 10:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, seorang jurugambar dari Arab Saudi telah menjadi perhatian ramai netizen seluruh dunia setelah dia berkongsikan tentang penemuan formasi batu besar yang menyerupai ikan gergasi di padang pasir.

Menurut CNN Travel, jurugambar yang dikenali sebagai Khaled Al Enazi itu telah menangkap gambar formasi batu gergasi itu dari pandangan atas menggunakan drone.

image is not available

Dia telah menemui pembentukan batu tersebut secara tidak sengaja ketika sedang merakam video dengan drone di padang pasir kawasan arkeologi di daerah Al-Ula, Arab Saudi.

Difahamkan, kawasan berkenaan sememangnya terkenal dengan struktur-struktur purba.

Jurugambar tersebut mengatakan dia mungkin bukan orang pertama yang menemui formasi batu itu, namun mempercayai bahawa dia merupakan orang pertama yang perasan bentuknya yang menyerupai ikan gergasi dari pandangan atas.

image is not available

Lagi menarik, bahagian hujung pembentukan batu tersebut juga menyerupai sirip ikan.

Ada netizen yang berpendapat bahawa formasi batu itu mungkin merupakan bangkai makhluk laut gergasi pada zaman purba dahulu.

Namun, ia sebenarnya merupakan formasi batu pasir yang terjadi disebabkan beberapa faktor.

Sumber: CNN Travel

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.