
PETALING JAYA – Lapan kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat dengan rekod tertinggi di Batu Pahat iaitu 188 setakat pukul 8.15 pagi ini.
Ia diikuti oleh Kluang (169), Segamat (166), Larkin (166), Pasir Gudang (165), Tangkak (164), Kota Tinggi (155) dan Pengerang (154).
Di Negeri Sembilan, dua kawasan terlibat iaitu di Nilai (161) dan Seremban (157), manakala di Melaka adalah di Bandaraya Melaka (155) dan Bukit Rambai (115).
Selain itu, Pahang mencatatkan empat kawasan iaitu di Rompin (152), Jerantut (102) dan Kuantan di Balok Baru (153) serta Indera Mahkota (142), manakala Kuala Lumpur di Cheras (140) dan Batu Muda (120).
Sementara itu, Putrajaya dengan catatan 152, selain Terengganu merangkumi dua kawasan iaitu di Kemaman (134) dan Paka (111).
Terdapat 42 kawasan mencatatkan IPU sederhana, sementara lima lagi kategori baik. – KOSMO! ONLINE
The post Batu Pahat paling berjerebu pagi ini appeared first on Kosmo Online.






