
PETALING JAYA – Indeks Pencemar Udara (IPU) di Batu Pahat, Johor kekal mencatatkan bacaan tertinggi setakat pukul 5.30 petang ini.
Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara, tujuh lagi kawasan di Johor turut terkesan.
“Ia melibatkan Segamat, Pasir Gudang, Tangkak (171), Kluang (168), Larkin (166), dan Kota Tinggi (162).
“Sementara di Nilai (174), Seremban (171), Port Dickson (155), manakala Putrajaya (166), serta Melaka di Bandaraya Melaka (164), Bukit Rambai (158), dan Alor Gajah (157).
Terkesan sama adalah Kuala Lumpur di Cheras (163) dan Batu Muda (158) selain Selangor di Johan Setia (163), Shah Alam (161), Petaling Jaya, Banting (157) dan Klang (153).
“Di Pahang pula melibatkan Jerantut (159), Rompin (152), Temerloh (143) selain Kuantan di Indera Mahkota (160) dan Balok Baru (157).
“Selain itu, Terengganu di Kemaman dan Paka mencatatkan bacaan 156, manakala Tanjung Malim, Perak 116.
Sementara itu, 33 kawasan mencatatkan bacaan sederhana, manakala lima lagi baik. – KOSMO! ONLINE
The post IPU Batu Pahat hampir 200 appeared first on Kosmo Online.





