#JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Tomyam Putih Ala Kedai Thai

Cooking
25 Mar 2023 • 6:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Tomyam

Salam Ramadan khas buat pembaca Oh Media! Hari ini korang buka puasa makan apa? Kami di sini terasa macam nak makan Tomyam Putih lah pula.

Jom, hari ini kami akan kongsikan cara-cara membuat Tomyam Putih ala kedai Thai hasil nukilan Che Nom.

Resepi Tomyam Putih

image is not available

Bahan – bahan yang diperlukan:

  1. 1/2 liter air
  2. 1 kiub ayam
  3. 2 batang serai
  4. 1 inci lengkuas
  5. 1/2 biji bawang Holland
  6. 3-4 helai daun limau purut
  7. Cendawan tiram
  8. 5-10 ekor udang
  9. 6-10 cili padi
  10. 2 sudu besar sos ikan
  11. 3 ekor sotong
  12. Garam secukup rasa
  13. Tomato
  14. 2-3 biji limau nipis
  15. Daun ketumbar

Cara-cara membuat:

  1. Hiris nipis serai, lengkuas dan bawang Holland.
  2. Belah dan potong kepada empat bahagian buat Tomato dan limau nipis
  3. Buang tangkai cili padi kemudian belah dua pada hujung.
  4. Basuh dan lap kering cendawan kemudian carikkan ia sederhana besar.
  5. Bersih dan potong udang dan sotong.
  6. Rebus air sampai mendidih.
  7. Masukkan kiub ayam, hirisan serai lengkuas dan bawang Holland.
  8. Kemudian masukkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah.
  9. Seterusnya masukkan cendawan, udang, cili padi dan sos ikan Thai.
  10. Masukkan pula sotong dan garam secukup rasa.
  11. Bila air rebusan telah mendidih tutup api dan masukkan perahan jus limau nipis secukupnya.
  12. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.

Mudah sahaja bukan? Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh Media.