“Bawa Imej Islam Dalam Sukan” – Netizen Puji Sikap Nur Izzuddin Elak Bersalaman Dengan Wanita

21 Jan 2025 • 11:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, satu video memaparkan pemain beregu badminton Malaysia iaitu Nur Izzuddin elak bersalaman dengan wanita bukan mahram sewaktu majlis penyampaian pingat kejohahan Badminton Terbuka India 2025 telah meraih perhatian ramai.

image is not available

Dapat dilihat dalam video tersebut, Izzuddin tidak bersalaman dengan penyampai hadiah yang merupakan seorang wanita itu tetapi sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.

Tindakan yang dipaparkan oleh pemain badminton tersebut telah meraih perhatian ramai, di mana rata-ratanya memuji sikap Izzuddin yang mengekalkan imej Islam dengan baik dalam sukan.

Bukan itu saja, malah ramai juga memuji Izzuddin kerana sering menjaga auratnya sepanjang permainan berlangsung.

Sekadar info, Izzuddin bersama pasangan regunya, Goh Sze Fei-Nur berjaya merangkul gelaran juara di Kejohanan Badminton Terbuka India, di mana ia juga telah membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

image is not available 1 month ago

Dituduh Tak Sensitif, Peminat Tunjuk Bukti Lee Zii Jia Tak Sedar Pakai Baju Bendera Terbalik