Seorang Individu Ditahan Selepas Memandu Secara Berbahaya, Didakwa Hampir Langgar Polis Trafik

LocalPolitics
18 Jan 2025 • 12:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang wanita dikepung oleh beberapa orang polis trafik dan juga orang awam.

Difahamkan, wanita tersebut memandu secara berbahaya serta cuba melanggar anggota polis itu di persimpangan Jalan Imbi – Jalan Sultan Ismail.

Wanita tersebut dipercayai cuba melanggar anggota trafik itu kerana dia mahu melarikan diri setelah enggan berhenti meskipun diarahkan untuk berbuat demikian.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan kejadian tersebut dan laporan berkaitan kejadian diterima kira-kira 7.56 petang.

Wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis dan untuk siasatan lanjut dan telah direman selama dua hari. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 days ago

Lelaki OKU Diserang Beramai-Ramai Di Pasar Tani, Polis Kini Buru Suspek

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved