Bawa Imej Program Kewanitaan Tapi Main Kayu Tiga? Pengacara Lelaki Kacak Didakwa Curang Dengan Rakan Sekerja

Entertainment
27 Jul 2026 • 2:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Terbaru, seorang pengacara lelaki mencuri perhatian selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan rakan pengacaranya sendiri.

Memetik laporan Beautifulnara, pengacara lelaki itu dikatakan terlibat dalam sebuah program bertemakan kewanitaan dan hubungan mereka didakwa bukan sekadar rapat atas urusan kerja semata-mata.

Pengacara lelaki didakwa pergi bercuti bersama

curang
Sekadar gambar hiasan

Dakwaan itu menjadi semakin panas apabila mereka dikatakan pernah pergi bercuti bersama-sama. Malah sumber mengatakan laporan kepada pihak pengurusan sudah dibuat tetapi tiada tindakan lanjut.

Mereka menjadi semakin rapat ketika sama-sama bertugas di rancangan itu, dan semakin berani menojolkan hubungan mereka di pejabat sehingga dapat dihidu rakan sekerja yang lain. Malah mereka tergamak pergi bercuti bersama-sama dan melakukan aksi mesra seperti pasangan kekasih.

Bagaimanapun ia seolah terhenti setakat itu sahaja. Pihak pengurusan tidak mengambil tindakan ke atas kedua-dua mereka, malah mereka dilihat dengan penuh berani dan tidak rasa takut terus melakukan perselingkuhan dan menyakiti hati mangsa dan keluarga.

Apa pun, selagi tiada penjelasan daripada pihak berkenaan, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat andaian melampau atau menjatuhkan hukuman terlalu awal.

The post Bawa Imej Program Kewanitaan Tapi Main Kayu Tiga? Pengacara Lelaki Kacak Didakwa Curang Dengan Rakan Sekerja appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved