Satu surat tanpa nama yang tular di media sosial baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi apabila mengandungi beberapa dakwaan membabitkan dua pengacara program televisyen tempatan yang sinonim dengan hal kewanitaan.
Menerusi sumber berkenaan, individu yang tidak mendedahkan identitinya mendakwa terdapat hubungan yang didakwa tidak wajar antara dua individu terbabit. Pengacara lelaki yang juga pernah terlibat dalam dunia lakonan itu didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan rakan pengacara.

Sumber itu turut mendakwa aduan pernah dibuat kepada pihak pengurusan, namun mendakwa tiada tindakan diambil.
Selain itu, sumber turut menyatakan beberapa dakwaan lain berkaitan urusan tempat kerja dan pengurusan dalaman syarikat penyiaran terbabit.
Mereka menjadi semakin rapat ketika sama-sama bertugas di rancangan itu, dan semakin berani menojolkan hubungan mereka di pejabat sehingga dapat dihidu rakan sekerja yang lain. Malah mereka tergamak pergi bercuti bersama-sama dan melakukan aksi mesra seperti pasangan kekasih.
Bagaimanapun ia seolah terhenti setakat itu sahaja. Pihak pengurusan tidak mengambil tindakan ke atas kedua-dua mereka, malah mereka dilihat dengan penuh berani dan tidak rasa takut terus melakukan perselingkuhan dan menyakiti hati mangsa dan keluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Gurauan Bandingkan Bintang BTS Dengan Wan Chai Cetus Kemarahan ARMY, inDrive Tampil Mohon Maaf
The post Pengacara Lelaki Program Bertemakan Kewanitaan Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Rakan Pengacara Sendiri – “Pergi Cuti Sama-Sama, Tak Malu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






