“Bawa Jumpa” – Song Jihyo Diramal Bakal Bercinta Dengan Lelaki Muda? Kim Jongkook Beri Respon

EntertainmentHoroscope
13 Jan 2025 • 12:02 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bagaimana bacaan cinta ahli “Running Man” untuk tahun baru ini?

Dalam episod terbaru, pihak produksi telah menjemput tukang tilik nasib untuk membaca nasib kesemua ahli untuk tahun 2025 ini termasuklah mengenai urusan cinta ahli yang solo.

Mengenai Yang Se-chan, dikatakan bahawa,

Separuh kedua tahun ini hingga tahun depan adalah waktu dia boleh bertemu pasangan.

Ahli ramal tarot meramalkan tentang Kim Jong Kook,

Dalam separuh kedua tahun ini, akan ada tuah dalam percintaan. Dua wanita mungkin hadir secara serentak.

image is not available

Selepas itu, pakar tarot memeriksa nasib percintaan Song Ji-hyo dan memberi amaran supaya berhati-hati dengan lelaki muda. Amaran tiba-tiba mengenai lelaki yang lebih muda itu membuatkan Haha dan Kim Jong Kook bergurau dengan berkata,

Bawa dia kepada kami untuk diperiksa. Cantik dan muda bukanlah segalanya. Hati-hati dengan lelaki muda.

Siapa agaknya yang bakal merebut hati mereka ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.