Taufiq Hanafi kongsi resume cari tawaran berlakon, netizen doakan rezeki dipermudah

EntertainmentLifestyle
4 Jan 2025 • 12:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Taufiq Hanafi kongsi resume

Pelakon, Taufiq Hanafi kongsi resume cari tawaran berlakon di media sosial sebagai salah satu usaha untuk bekerjasama dengan mana-mana produksi pada tahun 2025.

Pelakon filem Paskal ini dilihat memuat naik resume tentang potfolio sepanjang menjadi anak seni di media sosial sekali gus mendapat perhatian ramai terutama netizen yang mengikuti perkembangannya.

image is not available

Taufiq Hanafi kongsi resume, mana tahu ada production yang nak bekerjasama

Dalam hantaran tersebut, Taufiq menyatakan mungkin ada mana-mana syarikat produksi yang sudi untuk bekerjasama dengannya pada tahun ini selepas melihat ‘resume’ diri yang dikongsikan itu.

“Mencuba nasib untuk 2025.

“Mana la tahu ada production yang sudi nak bekerjasama,” tulisnya.

image is not available

Taufiq Hanafi kongsi resume, deretan filem telah dibintangi

Menerusi resume tersebut, dapat dilihat yang dia banyak terlibat dalam beberapa filem box office serta drama-drama popular di televisyen termasuklah melalui platform berbayar.

Lebih menambah nilai kredit di ‘resume’ berkenaan, Taufiq menjelaskan bahawa dia adalah graduan dari Akademi Seni Kebudayaan dan Warisan (ASWARA) dimana bakat-bakat yang dicungkil dari sana sudah terbukti berkemahiran serta terlatih.

image is not available

Semoga urusan dipermudahkan!

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai sejak dia memuat naiknya di media sosial beberapa hari lalu apabila rata-rata mendoakan agar rezekinya dipermudah memandangkan pelakon itu merupakan antara aktor yang cukup berbakat.

Ada juga yang berseloroh mengatakan terkejut pada awalnya kerana menyangkakan ia adalah resume untuk mencari jodoh memandangkan pelakon itu masih lagi berstatus solo.

image is not available

Berlakon mantap, boleh pergi jauh ni

image is not available

Resume padu, mesti job berduyun masuk

image is not available

Pertama kali tengok resume pelakon

image is not available

Ingatkan cari jodoh tadi

image is not available

Semoga usaha yang dilakukan Taufiq Hanafi dipermudah dan terus bekarya kerana negara kita memerlukan bakat-bakat hebat yang boleh mewarnai industri seni Tanah Air.

Sumber: X taufiqhanafi