
Isu panas melibatkan seorang guru wanita yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan suami orang terus hangat diperkatakan.
Terbaru, seorang wanita yang mengaku isteri kepada abang CCTV dan wiring tampil bersuara menjawab persoalan orang ramai.
Isteri tuntut fasakh di mahkamah

Dalam perkongsian di Threads menggunakan akaun @lovelieebeauty_melaka, wanita itu memaklumkan bahawa dia akan membuat tuntutan fasakh dan menyertakan enam video aksi panas pasangan terbabit.
Besok saya akan buat tuntutan fasakh dan bawa sekali 6 video diorang main bersama… di rumah cikgu tu… ohh ye tak lupa juga, saya sertakan sekali resit Booking.com yang ada pada saya…
Lebih mengejutkan, dia turut menyatakan akan menyerahkan resit tempahan hotel melalui Booking.com sebagai bukti tambahan.
Dakwa suami rampas telefon dan tulis status palsu

Dalam perkembangan lain, wanita berkenaan juga tampil menafikan dakwaan kononnya dia yang membuat pendedahan di media sosial.
Dakwanya, suami sudah lama kantoi curang dan dia telah memberi amaran kepada guru terbabit. Dia juga mendakwa telah membuat laporan kepada pihak sekolah dan pihak polis.

Dalam hantaran lain, dia nafi merayu orang ramai memadam perkongsian kerana bimbang disaman oleh guru terbabit.


Menurutnya, si suami yang kini tertekan dan malu telah merampas telefon miliknya dan menggunakan akaun Facebooknya untuk membuat hantaran tertentu.
Suami kan… dia kan dah malu… dia rampas lah phone saya semalam… dia tulis lah semua benda tu menggunakan acc FB saya… Tah bila kala laa saya sendiri yang suruh delete apa bagai! Takdenyaa…
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai yang terus memberi sokongan dan kata semangat kepada wanita terbabit agar terus kuat memperjuangkan keadilan diri.
Pssttt! Fuh plot twist betul! Harap akak ni dapat keluar daripada hubungan toksik ni dengan segera.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.


