“No more husbento” – Terkenal Dengan Konten Bekal Untuk Suami, Wanita Sudah Bercerai Dakwa Dicurangi

Entertainment
26 May 2025 • 6:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak betul kes-kes pergolakan rumah tangga sejak kebelakangan ini, bukan sahaja kes ‘wiring dan cctv’ tu, ada lagi satu perkongsian daripada seorang pempengaruh masakan yang meruntun hati ramai netizen.

Pegangan orang lama tentang ‘tambat hati suami melalui perut’ dilihat seperti sudah tidak relevan lagi, apabila dikhabarkan pempengaruh yang terkenal dengan membuat bekalan suaminya untuk ke kerja setiap hari ini tetap dikhianati suaminya yang didakwa berlaku curang.

Pempengaruh tersebut ada muat naik satu video dengan mengucapkan selamat tinggal kepada rumah yang dia pernah didiaminya sebelum ini.

Malah dia mengatakan kepada para pengikutnya, tiada lagi video bekal makanan untuk suami tetapi bakal difokuskan kepada anak-anak.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersimpati dengan nasib wanita ini dan mendoakan agar segala urusan dia dan anak-anak dipermudahkan pada masa akan datang.

image is not available image is not available

Tak apa lah, semoga apa yang terjadi kepada dia ada lah hikmahnya itu.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.