Isteri Abang ‘Wiring’ Tuntut Fasakh, Bawa Sekali Bukti Perbualan & Enam Video Tak Senonoh Suami Dan Cikgu Wanita

26 May 2025 • 8:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isu panas melibatkan seorang guru wanita yang dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang terus menjadi bualan hangat netizen.

Terbaharu, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai isteri kepada lelaki terbabit, yang dikenali sebagai abang CCTV dan wiring, tampil memberi penjelasan.

Menerusi perkongsian di akaun Threads bernama @lovelieebeauty_melaka, wanita itu memaklumkan bahawa dia akan memfailkan tuntutan fasakh. Lebih mengejutkan, dia turut berkongsi enam rakaman video aksi tidak senonoh antara suaminya dan guru berkenaan sebagai bukti.

image is not available

Tidak hanya itu, dia turut memaklumkan akan menyerahkan resit tempahan hotel yang dibuat melalui Booking.com sebagai bahan sokongan tambahan terhadap tuntutannya.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut menafikan bahawa dia merupakan individu yang mendedahkan perkara ini kepada umum di media sosial.

image is not available

Katanya lagi, kecurangan suaminya sudah lama terbongkar dan dia sendiri telah memberikan amaran kepada guru tersebut. Malah, laporan juga telah dibuat kepada pihak sekolah dan polis berkenaan insiden itu.

Dia mendakwa suaminya kini berada dalam keadaan tertekan dan malu, sehingga sanggup merampas telefon miliknya dan menggunakan akaun Facebook peribadinya untuk memuat naik hantaran tertentu.image is not available

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian ramai, yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan menyokong tindakannya dalam memperjuangkan hak dan maruah diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 18 hours ago

"Kami Mengecam Sekeras-Kerasnya.." - KDA FC Tamatkan Kontrak CEO Batu Sebagai Duta Dengan Serta Merta