Bawa stroller & gendong anak, pempengaruh kesal terpaksa tunggu lama guna lif

LocalFamily & Parenting
6 Feb 2025 • 11:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh kesal dan berang dengan sikap segelintir masyarakat yang masih kurang cakna mengenai keadaan ibu yang perlu menggunakan lif ketika berada di tempat awam.

Menerusi hantaran dimuat naik Iman Azman di media sosial, dirinya ternyata kecewa apabila terdapat ibu yang membawa kereta sorong (stroller) dipandang sepi ketika mahu menggunakan lif disediakan.

Pempengaruh kesal terpaksa tunggu lama

Iman berkata, dia terpaksa menegur pengguna lif pada ketika itu mengendong anaknya di hadapan bagi memberi keutamaan kepada ibu dan anak kecil.

“Saya tak rasa anda akan faham kepentingan lif selagi anda tidak mengandung, atau bersama orang tua, kanak-kanak, strollers atau kerusi roda.
“Orang yang berkemampuan, sila naik eskalator.
“Percayalah, saya tidak akan naik lif jika tidak perlu,”luahnya.

image is not available

image is not available

Dalam video yang sama, Iman meluahkan rasa bersyukur selepas beberapa pengguna lif faham dengan situasinya lalu memberi ruang untuk menggunakan kemudahan itu.

@iman.azman

I don"t think you"ll understand the delicate decorum of elevator protocol until you"ve been pregnant, with elderly and/or children and/or are with strollers or wheelchairs. Able-bodied people, please take the escalators. Trust me, if I didn"t HAVE to take the lift, I wouldn"t - it takes so long to get on one.

♬ original sound - Iman Azman - Iman Azman

Sila lantang bersuara!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terutama golongan ibu turut bersetuju Iman memberi teguran kepada mereka yang kurang cakna.

image is not available image is not available image is not available

Mereka percaya teguran yang diberikan itu sekali gus dapat meningkatkan kesedaran sedia ada meskipun hakikatnya sudah lama diketahui sehingga menjadi perdebatan media sosial.

Sumber: TikTok iman.azman