Bawah 70 tahun? Syarat simpanan RM15,000 berpotensi pendekkan giliran haji

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 11:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelaksanaan Pelan Persediaan Haji atau Seruan Istito’ah dijangka membolehkan tempoh menunggu giliran menunaikan haji dipendekkan kepada kurang 70 tahun berbanding kira-kira 150 tahun sebelum ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata tempoh itu merupakan anggaran yang tertakluk kepada beberapa faktor dan boleh berubah mengikut situasi semasa.

Beliau berkata, antara perkara yang mempengaruhi tempoh menunggu itu termasuk jumlah pendeposit yang memenuhi syarat simpanan minimum, kuota rasmi haji Malaysia pada masa hadapan serta perkembangan semasa di Tanah Suci.

“Bermula 1 Jan 2029, giliran haji akan disusun semula secara sistematik dan automatik berdasarkan tarikh pendaftaran dalam kalangan mereka yang telah mencapai simpanan minimum RM15,000,” katanya.
Image from: Bawah 70 tahun? Syarat simpanan RM15,000 berpotensi pendekkan giliran haji

Foto arkib: IG Dr Zulkifli Hassan

Zulkifli berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung anggaran tempoh menunggu bagi pendeposit yang telah mencapai simpanan minimum RM15,000, termasuk nasib mereka yang sudah lama berdaftar tetapi masih belum mempunyai simpanan mencukupi.

Bagaimanapun, penetapan simpanan minimum RM15,000 sebagai syarat kepada pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum menerima tawaran menunaikan haji sebelum ini mendapat bantahan PAS.

Terdahulu, PAS meminta kerajaan memansuhkan syarat berkenaan kerana disifatkan boleh menyukarkan umat Islam yang berhasrat menunaikan ibadah haji.

Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) berkata, ketetapan itu berpotensi menjadi halangan kepada umat Islam yang bercita-cita menunaikan rukun Islam kelima tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menyifatkan penetapan simpanan minimum itu sebagai langkah positif bagi memastikan bakal jemaah mempunyai persediaan kewangan yang mencukupi sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Sumber: Malaysiakini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved