Giliran haji sistematik, automatik pendeposit minimum RM15,000 bermula tahun depan

LocalPersonal Finance
21 Oct 2026 • 9:49 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Giliran haji sistematik, automatik pendeposit minimum RM15,000 bermula tahun depan

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) akan menyusun semula giliran haji secara sistematik dan automatik berdasarkan tarikh pendaftaran bagi pendeposit yang sudah mencapai simpanan minimum RM15,000, bermula 1 Januari 2029.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hassan, berkata mengikut sistem giliran haji sedia ada, seseorang baru mendaftar haji dan memasuki giliran perlu menunggu selama sekitar 150 tahun untuk mendapat tawaran menunaikan haji.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan anggaran semasa TH, pelaksanaan Seruan Istito’ah berpotensi mengurangkan lebih separuh tempoh menunggu daripada sekitar 150 tahun sekarang kepada tempoh di bawah 70 tahun.

“Angka ini adalah anggaran sahaja dan boleh berubah bergantung kepada jumlah pendeposit memenuhi syarat simpanan minimum ditetapkan, bilangan kuota haji rasmi Malaysia pada masa hadapan serta perkembangan semasa, terutama di Tanah Suci.

“Bagi pendeposit sudah mendaftar haji, mereka diberikan tempoh peralihan lebih tahun sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai sasaran simpanan minimum RM15,000 berkenaan.

“Bagi mereka mendaftar tetapi masih belum mencapai paras minimum berkenaan, kedudukan mereka akan dimasukkan dalam giliran haji aktif apabila syarat kesiapsiagaan simpanan berkenaan dicapai,” katanya menerusi jawapan bertulis disiarkan di portal Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang meminta menyatakan berapa lama tempoh sebenar menunggu untuk menunaikan haji bagi pendeposit yang sudah mencapai simpanan minimum RM15,000 dan bagaimana dengan nasib pendeposit lama berdaftar tapi belum mencukupi RM15,000.

The post Giliran haji sistematik, automatik pendeposit minimum RM15,000 bermula tahun depan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved