Bayaran RM1 Sahaja, Bas Double Decker Bakal Beroperasi Di Sadong Jaya-Kuching Mulai 28 Jun Ini

23 Jun 2023 • 12:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kini anda boleh ulang alik Sadong Jaya – Kuching dengan hanya RM1 sahaja

Bayaran RM1 Sahaja, Bas Double Decker Bakal Beroperasi Di Sadong Jaya-Kuching Mulai 28 Jun Ini. Sebuah bas double decker bakal beroperasi di kawasan Sadong Jaya-Kuching mulai 28 Jun 2023 ini dengan bayaran yang sangat murah iaitu hanya RM1 sahaja.

Berdasarkan maklumat yang diterima, bas ini akan berhenti di beberapa lokasi seperti Gerai Sadong Jaya pada jam 6.30 pagi dan akan bergerak ke beberapa lokasi seperti perhentian bas Iboi Ulu, Jemukan Ulu, Semera Ulu.

image is not available
Bayaran RM1 Sahaja, Bas Double Decker Bakal Beroperasi Di Sadong Jaya-Kuching Mulai 28 Jun Ini

Tak perlu penat fikir nak hadap jalan sesak Samarahan-Kuching dah hehe.. Nak balik kampung pun senang

Bas ini juga akan singgah di Summer Mall sebelum tiba di Kuching Market yang menjadi tempat berhenti dan penumpang boleh naik dan turun di situ.

Bas dua tingkat ini akan berfungsi sebagai pengangkutan awam bagi warga setempat dan perjalanan ulang-alik. Bayaran yang murah ini pasti memberi kelegaan kepada penumpang yang ingin ke destinasi mereka tanpa perlu memikirkan kos yang tinggi.

image is not available

Selain itu, bas ini juga memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk melihat pemandangan sekitar kawasan Sadong Jaya-Kuching dengan lebih dekat dan menarik.

image is not available

Anda tidak perlu lagi risau ketinggalan bas atau menunggu bas dalam jangka masa yang lama. Anda hanya perlu klik satu kali dan anda boleh jejaki lokasi terkini bas pengangkutan di Sarawak.

Baca lebih lanjut di pautan bawah: