“Bayaran Satu Show Dia Dah Sama Gaji Sebulan Ahli Parlimen” – Syed Saddiq

LocalEntertainment
21 Apr 2026 • 3:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap orang ramai tidak lagi memandang rendah terhadap kerjaya dalam industri seni seperti yang diceburi tunangnya, penyanyi Bella Astillah.

Menerusi temu bual di YouTube bersama podcast @lebihmasa, beliau berkongsi realiti perbezaan pendapatan antara dunia politik dan bidang hiburan.

Advertisement

Menurut Saddiq, tanggapan bahawa ahli politik menerima gaji tinggi tidak semestinya tepat, malah peluang di luar politik boleh menawarkan pendapatan lebih baik.

“Walaupun saya berada dalam parti politik pembangkang, di Parlimen pun saya di kerusi pembangkang, tetapi apabila saya diberikan juga peluang untuk bekerja di luar skop politik walaupun kebanyakkan dananya disumbang balik ke Muar, saya perasan, orang ingat politik ini pay a lot, tetapi the pay outside is so much better.”

“Saya ada kongsikan dengan tunang saya, kalau dia pergi buat konsert atau menyanyi, dia menyanyi satu malam tu bersamaan dengan gaji saya sebulan.”

“Bila saya buat shooting sekarang, shooting satu hari seperti bersamaan dengan dua, tiga bulan gaji sebagai ahli parlimen,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau menekankan kepentingan keseimbangan dalam hubungan, khususnya dalam mengejar impian masing-masing.

“Memang kena, ada banyak pendedahan tentang masa depan kerana saya tak nak saya sorang sahaja mengejar impian saya tetapi demi impian tersebut saya mengorbankan impian pasangan saya, itu tidak betul dan tak adil.”

“Saya tak nak kerana impian saya, terkuburlah impian pasangan dan sebagai seorang wanita berkerjaya yang boleh dikatakan jauh lebib baik daripada saya, itu tidak adil,” ujarnya.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah dilaporkan selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tareq fit2026-04-20 13:30:52

Label Konsert Siti Nurhaliza Sebagai Haram, Peminat Kecam Tareq Fit - "Jangan Fikir Diri Tu Ahli Syurga Sangat"

The post “Bayaran Satu Show Dia Dah Sama Gaji Sebulan Ahli Parlimen” – Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article