Bayi 2 Bulan Maut, Tertindih Badan Ibu Ketika Tidur

Entertainment
21 Sep 2025 • 10:04 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bayi lelaki yang baru berusia dua bulan dilaporkan telah meninggal dunia selepas badan ibunya tertindih mangsa ketika sedang tidur di atas katil.

Menurut Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada beberapa hari lalu iaitu ketika waktu pagi pada 18 September lepas.

Ia berlaku di Jalan Sungai Jejawi, Kampung Sungai Dua Kota Setia di Perak.

Menurut pihak polis, mayat mangsa yang berusia 2 bulan itu telah dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Proses bedah siasat jasad mangsa mendapati bayi tersebut meninggal dunia akibat paru-paru sembab dan otak membengkak kerana ditindih.

Ibu mangsa yang juga seorang warga Indonesia telah ditahan polis untuk siasatan kerana kes ini disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Difahamkan, wanita itu bakal dituduh di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kematian dengan cuai.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.