Tergelincir Jatuh Di Kawasan Air Terjun Buntong Di Perak, Remaja Lelaki Berusia 17 Tahun Maut

Entertainment
21 Sep 2025 • 10:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang remaja lelaki 17 tahun dilaporkan maut selepas tergelincir jatuh di kawasan air terjun Buntong di Perak pada Sabtu.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi ketika mangsa berada di kawasan air terjun itu bersama beberapa orang rakannya.

Mangsa, Bayu Zaril Iman Zaharilizam yang juga merupakan pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah di negeri itu sebelum kejadian difahamkan telah memanjat ke bahagian puncak air terjun kerana mahu melihat pemandangan, lapor Buletin TV3.

Namun, mangsa tiba-tiba tergelincir sebelum terjatuh ke bawah.

image is not available

Mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan yang telah bergegas ke kawasan air terjun itu setelah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Susulan itu, hasil bedah siasat jasad mangsa Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mendapati bahawa kecederaan parah akibat hentakan kuat pada kepala menjadi punca kematian remaja 17 tahun itu.

Berdasarkan keterangan saksi iaitu teman-teman mangsa, pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

image is not available

Sumber: Buletin TV3

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.