Bayi 4 bulan maut selepas tidak sedar diri di taska

LocalFamily & Parenting
7 Sep 2026 • 8:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bayi 4 bulan maut selepas tidak sedar diri di taska

DUNGUN – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah taska di Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas tertidur sesudah diberikan susu pada pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, bayi perempuan tersebut terus dikejarkan ke Klinik Kesihatan Durian Mas di sini sebelum dirujuk ke Hospital Dungun bagi rawatan lanjut.

“Mangsa diberikan bantuan pernafasan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

“Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal pada tubuh mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, berdasarkan laporan awal, bayi perempuan itu dalam keadaan sihat sewaktu dihantar ibunya ke taska berkenaan pada pukul 8 pagi.

Beliau berkata, proses bedah siasat akan dilakukan bagi mengenalpasti punca kematian mangsa.

“Dua pengasuh bertugas akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Bayi 4 bulan maut selepas tidak sedar diri di taska appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved