Bayi 40 Hari Dihempas Ke Lantai, Kakak Umur 3 Tahun Dicampak Dari Tingkat 1 Oleh Bapa Saudara – “Terdengar Bisikan”

3 Aug 2023 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun patah kaki kiri selain turut cedera di bahagian mulut dipercayai akibat dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri.

Manakala adiknya yang juga bayi perempuan baru sahaja berusia 40 hari mengalami pendarahan di kepala dipercayai dihempas ke lantai di dalam rumah.

Kejadian itu berlaku di Sungai Pinang, Georgetown dan tindakan tersebut dilakukan oleh bapa saudara mereka kira-kira jam 3.40 petang semalam.

Mengejutkan, suspek berusia 29 tahun itu telah mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua anak saudaranya.

image is not available

Salah seorang ahli keluarga berkata dia terdengar jeritan ibunya meminta tolong sebelum mendapati adiknya (suspek) dalam keadaan bogel dan berlumuran darah.

Adik saya mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudara.”

Tambahnya, kejadian itu berlaku dengan pantas dan ahli keluarga yang lain terus menyelamatkan kedua-dua mangsa serta membawa mereka ke hospital.

Ketika kejadian, kanak-kanak dan bayi itu berada di rumah nenek kerana ibu mereka masih dalam tempoh berpantang.

image is not available

Gambar hiasan

Sementara itu, dia berkata pihak keluarga memohon agar orang ramai tidak menularkan kejadian terbabit untuk menghormati privasi keluarga.

Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu.”

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata kes kini dalam siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh.

image is not available 4 weeks ago

"Dia Macam Tak Sedar Perbuatannya" - Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Dicekik Abang Kandung, Ibu Nampak Melalui CCTV