Bayi dicampak dari kondominium: Polis rakam keterangan dua individu

10 Mar 2024 • 4:41 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Dua individu dipercayai saksi kejadian bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondomonium di Sri Petaling di sini semalam, telah dirakam percakapan mereka hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood yang mengesahkan perkara itu berkata sehingga kini polis masih mengumpul maklumat bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Beliau berkata proses bedah siasat ke atas bayi berkenaan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya bermula 2 petang tadi.

Semalam, seorang bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi di kondominium berkenaan sehingga mengakibatkan bahagian kepalanya pecah. - 10 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved