Bayi ditemui mati dalam tandas dengan kesan tikaman, dua pelajar kolej ditahan

30 Jul 2026 • 11:16 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bayi ditemui mati dalam tandas dengan kesan tikaman, dua pelajar kolej ditahan

JOHOR BAHRU: Mayat bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman di dalam tandas sebuah rumah sewa pelajar kolej perempuan di Taman Setia Mutiara, Kluang, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, penemuan mayat bayi perempuan itu terbongkar selepas wanita berusia 19 tahun itu dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, di sini selepas melahirkan bayi tersebut.

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1 petang mengenai seorang pelajar wanita yang dimasukkan ke hospital kerana dipercayai baharu melahirkan anak.

“Sebaik melahirkan bayi perempuan tersebut, wanita itu menghubungi gurunya sebelum dia dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati pelajar itu telah melahirkan seorang bayi selain mendapati terdapat satu lagi bayi dalam kandungannya.

“Hasil siasatan di rumah sewa berkenaan menemukan mayat seorang bayi perempuan di dalam lubang mangkuk tandas. Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada badan bayi tersebut, bagaimanapun punca sebenar kematian masih dalam siasatan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, sehubungan itu pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai teman lelaki suspek daripada kolej sama bagi membantu siasatan.

“Proses bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenalpasti punca kematian serta jumlah sebenar kesan tikaman pada mayat bayi pertama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang dilakukan dengan niat hendak mencegah anak daripada dilahirkan hidup atau menyebabkan ia mati selepas dilahirkan,” katanya.

Beliau turut memberitahu, pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap suspek lelaki di Mahkamah Majistret Kluang, hari ini untuk siasatan lanjut.-UTUSAN

The post Bayi ditemui mati dalam tandas dengan kesan tikaman, dua pelajar kolej ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved