Pasangan Pelajar Kolej Ditahan Kes Bayi Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman

30 Jul 2026 • 4:19 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Pasangan Pelajar Kolej Ditahan Kes Bayi Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman

Pihak polis menahan pasangan kekasih yang merupakan pelajar kolej berusia 19 tahun berhubung siasatan kes bunuh seorang bayi perempuan yang ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara, Kluang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 1 tengah hari selepas remaja wanita berkenaan dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang kerana melahirkan anak.

“Berdasarkan siasatan, bayi perempuan itu ditemukan oleh tenaga pengajar di dalam mangkuk tandas rumah berkenaan. Ketika pemeriksaan di hospital, doktor turut mengesan ada seorang lagi bayi (kembar) yang masih dalam kandungan pelajar berkenaan. Bagaimanapun bayi itu selamat dilahirkan,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Reman Teman Lelaki Dan Siasatan Lanjut

Ekoran kejadian tersebut, polis turut menahan teman lelaki remaja berkenaan yang juga seorang pelajar bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh mengesahkan suspek lelaki telah dibenarkan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 5 Ogos oleh Majlistret Nurasidah A Rahman di Mahkamah Majistret Kluang.

Sementara itu, pelajar wanita yang disyaki melahirkan bayi berkenaan masih ditahan di wad untuk menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom.

Prosedur Bedah Siasat Dan Seksyen Siasatan

Proses bedah siasat dijalankan hari ini bagi mengenalpasti punca pasti kematian serta mengesahkan jumlah tikaman yang terdapat pada badan bayi berkenaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan (perbuatan dilakukan dengan niat hendak mencegah anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan ia mati selepas dilahirkan).

(Sumber berita: BERNAMA)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved