Bayi lelaki ditemukan hidup dalam kotak

23 Oct 2026 • 6:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bayi lelaki ditemukan hidup dalam kotak

GOMBAK – Seorang bayi lelaki ditemukan masih hidup di dalam sebuah kotak di bawah tangga Blok 1, Apartment Desa Aman Puri, Jalan Puri Kepong, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.14 pagi daripada seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 35 tahun yang menemui bayi berkenaan.

“Bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan telah ditempatkan di hospital untuk pemantauan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Hisham Mohd. Rahman @ Amir Hamzah, menerusi talian 010-947 5532 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Bayi lelaki ditemukan hidup dalam kotak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved