Bayi lelaki ditemukan dalam kotak di bawah tangga pangsapuri di Kepong 

23 Oct 2026 • 8:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Bayi lelaki ditemukan dalam kotak di bawah tangga pangsapuri di Kepong 

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki yang masih hidup ditemukan di dalam sebuah kotak di bawah tangga sebuah pangsapuri di Kepong, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ibrahim Husin berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu daripada seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 35 tahun pada 9.14 pagi.

Beliau berkata bayi itu dipercayai ditinggalkan oleh individu yang belum dikenal pasti identitinya di bawah tangga Blok 1, Desa Satu, Apartment Desa Aman Puri, Jalan Puri Kepong.

“Bayi lelaki berkenaan berada dalam keadaan sihat dan telah ditempatkan di hospital untuk pemantauan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Mohammad Hisham Mohd Rahman @ Amir Hamzah di talian 010-9475532 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved