Bayi Lelaki Setahun 7 Bulan Lemas Lepas Terjatuh Dari Pelampung Bersama Bapa

9 Jul 2023 • 11:10 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, negara digemparkan dengan berita seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemui lemas selepas dikatakan terlepas daripada pegangan bapanya ketika menaiki pelampung di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Kedah.

Memetik laporan Berita Harian, sebelum kejadian, bayi yang dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq itu dipegang bapanya yang berusia 30 tahun.

image is not available

Namun, bayi itu dihanyutkan air selepas tergelincir daripada pegangan bapa ketika berada di atas pelampung dalam sungai.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana pelampung yang dinaiki mangsa dan bapanya terlanggar perdu buluh, lapor Sinar Harian.

image is not available

Pihak Bomba dan Penyelamat Baling telah menerima panggilan tentang kejadian itu pada jam 12.04 tengah hari .

Operasi mencari dan menyelamat telah dibantu juga oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM), malim gunung, polis, orang awam serta Persatuan Rekreasi Luar.

Mayat mangsa difahamkan ditemui kira-kira jam 12.45 petang, sekitar 3.3 kilometer dari tempat mangsa hilang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.