Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

26 Jun 2026 • 1:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR - Seorang pengasuh direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam.

Perintah reman terhadap wanita berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi dan berkuat kuasa mulai hari ini hingga Ahad.

Sebelum ini, polis mengesahkan suspek ditahan selepas dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi terbabit yang berada di bawah jagaannya.

Difahamkan, bayi perempuan itu meninggal dunia pada jam 10.42 pagi semalam ketika menerima rawatan di HSB, Alor Setar, selepas empat hari dirawat susulan kejadian di sebuah rumah di Taman Permaipura, Bedong.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, bapa mangsa menerima panggilan daripada pengasuh pada jam 2.15 petang Isnin lalu memaklumkan bahawa bayi itu terjatuh dari sebuah kerusi ketika sedang disuap makan sebelum tidak sedarkan diri.

Mangsa merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri yang masing-masing bekerja di sebuah hospital swasta di kawasan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melibatkan pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak. - Getaran, 26 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved