Bayi perempuan antara empat maut nahas tiga kenderaan

4 Oct 2026 • 4:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bayi perempuan antara empat maut nahas tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat dari arah Kelantan menghala ke Gerik pada Ahad mengorbankan empat nyawa termasuk seorang bayi. Foto: Bomba
Image from: Bayi perempuan antara empat maut nahas tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat dari arah Kelantan menghala ke Gerik pada Ahad mengorbankan empat nyawa termasuk seorang bayi. Foto: Bomba
Image from: Bayi perempuan antara empat maut nahas tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga kenderaan pada Ahad mengorbankan empat nyawa. Foto: Bomba

GERIK - Seorang bayi antara empat maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan dua kereta di Lebuhraya Timur Barat dari arah Kelantan menghala ke Gerik di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.56 tengah hari itu, mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang bayi perempuan menaiki kereta Perodua Axia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd Rais Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.56 tengah hari sebelum sepasukan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi.

**media[3667329]**

Menurutnya, jentera tiba di lokasi pada jam 1.42 petang, kira-kira 41 kilometer dari BBP Gerik.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah lori dengan dua kereta.

"Empat mangsa yang maut berada di dalam kereta Perodua Axia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Rais berkata, seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki yang berada di dalam kenderaan terbabit turut mengalami kecederaan.

**media[3667331]**

Operasi menyelamat melibatkan lapan anggota BBP Gerik dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 2.25 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.38 petang.

Katanya, pihak bomba menjalankan tindakan menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved