Penuntut IPT direman empat hari bantu siasatan penemuan mayat bayi

26 Jul 2026 • 3:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Penuntut IPT direman empat hari bantu siasatan penemuan mayat bayi

SHAH ALAM, 26 JULAI: Penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Langat direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan di rumah sampah blok asrama institusi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Akmalrizal Mohd Radzi berkata, perintah reman bermula semalam hingga Selasa ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, reman dibenarkan ke atas suspek bermula 25 hingga 28 Julai, lapor Harian Metro.

Semalam, media melaporkan penemuan mayat bayi perempuan di sebuah IPT di daerah Kuala Langat tengah malam kelmarin.

Akmalrizal berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.20 tengah malam daripada seorang lelaki tempatan.

Katanya, mayat bayi perempuan itu ditemukan dalam keadaan dibalut dengan kain di sebuah rumah sampah blok asrama IPT berkenaan.

Beliau berkata, suspek dalam kes itu sudah dikenal pasti dan ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Menurutnya, suspek merupakan seorang penuntut wanita berusia belasan tahun.

"Suspek dalam kes berkenaan sudah dikenal pasti, berumur belasan tahun dan sudah ditahan bagi siasatan lanjut.

"Suspek seorang penuntut wanita yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved