Bayi 13 bulan maut, ibu dan pengasuh ditahan

LocalFamily & Parenting
10 Sep 2026 • 10:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Bayi 13 bulan maut, ibu dan pengasuh ditahan

GEORGE TOWN, 10 SEPT: Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Kampung Melayu, Air Itam di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 5.16 petang yang memaklumkan mengenai kematian bayi itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa ditemukan oleh pengasuhnya pada 2 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan bibir kebiruan.

“Mangsa kemudian dibawa ke HPP oleh ibu dan pengasuhnya pada 2.45 petang namun disahkan meninggal dunia pada 3.33 petang setelah diberikan rawatan kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata polis menahan pengasuh, seorang wanita berusia 44 tahun dan ibu kandung mangsa bagi membantu siasatan.

Beliau berkata bedah siasat terhadap mangsa dijalankan semalam, namun punca kematian masih belum dapat dipastikan sementara menunggu keputusan analisis makmal dengan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Pengasuh direman tujuh hari bermula semalam hingga 15 Sept manakala ibu mangsa direman tiga hari hingga esok bagi membantu siasatan,” katanya.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved