Bayi Terkunci Dalam Kereta Ketika Cuaca Panas Terik

28 Jul 2023 • 12:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bayi ditinggalkan di dalam kereta semasa cuaca panas terik

Bayi Terkunci Dalam Kereta Ketika Cuaca Panas Terik. Ketika gelombang panas terus melanda Amerika Syarikat (AS), seorang bapa terpaksa memecahkan cermin depan keretanya untuk menyelamatkan bayinya yang terperangkap dalam kenderaan diparkir di bawah sinar matahari.

Menurut laporan, video yang menunjukkan seorang bapa cuba menyelamatkan bayinya di tempat letak kereta di Arlington, Texas, telah menjadi tular di media sosial.

Berusaha untuk memecahkan cermin

Dalam rakaman itu, lelaki itu dilihat berulang kali memecahkan cermin keretanya dengan alat spanar tukar tayar untuk menyelamatkan bayinya.

image is not available
Sumber: utusan

“Ketika suhu mencecah hampir 37 darjah Celsius, orang ramai menyaksikan kejadian itu sebelum seorang lagi lelaki tampil membantu individu memecahkan cermin keretanya dengan menggunakan tiang besi lebih besar.

“Akhirnya, kedua-dua lelaki itu berjaya memecahkan cermin kereta sehingga ia cukup besar untuk memanjat dan membawa keluar anak kecil itu,” jelas laporan.

Satu lagi hantaran klip video tular menunjukkan seorang wanita memanjat ke dalam kereta dengan cermin depan retak untuk mengeluarkan bayi tersebut.

Difahamkan, ibu bapa tidak sengaja meninggalkan kunci dalam kenderaan

Menurut Jabatan Polis Harlingen, ibu bapa bayi itu secara tidak sengaja mengunci kereta dengan kunci dibiarkan di dalam kenderaan bersama anak mereka.

Tambahnya, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 pagi (waktu tempatan), ketika cuaca panas terik mula memuncak.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: utusan

Dalam pada itu, pegawai polis Harlingen, sarjan Larry Moore menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai selepas bayi itu diselamatkan.

Bayi dalam keadaaan yang baik

Katanya, pasukan perubatan kecemasan turut tiba di tempat kejadian dan menjalankan pemeriksaan ke atas bayi tersebut.

Dia juga menjelaskan bayi berkenaan dalam keadaan yang baik. Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan berapa lama bayi itu terperangkap dalam kereta tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: