‘Bazar Puaka’, Netizen Luah Kesal Terhadap Pihak Penganjur Bazar Stadium Kuching

8 Apr 2023 • 8:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Banyak betul dugaan berniaga ni, semoga dipermudahkan

‘Bazar Puaka’, Netizen Luah Kesal Terhadap Pihak Penganjur Bazar Stadium Kuching. Bazar yang diadakan di Stadium Kuching, Sarawak telah menjadi bahan perbincangan hangat di kalangan netizen tempatan.

Terdapat pelbagai aduan daripada peniaga yang menyertai bazar tersebut yang merasa tidak puas hati dengan pihak penganjur yang dianggap tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

image is not available
‘Bazar Puaka’, Netizen Luah Kesal Terhadap Pihak Penganjur Bazar Stadium Kuching. Sumber: Facebook

Peniaga terpaksa putih mata untuk menanggung kos kerugian yang tinggi

Bazar yang diadakan di Stadium di Kuching telah mengalami beberapa isu-isu yang timbul namun peniaga tidak dapat menerima wang kembali (refund) hingga menyebabkan peniaga terpaksa putih mata untuk menanggung rugi.

Berdasarkan keterangan daripada beberapa peniaga yang turut serta di bazar tersebut, mereka mengalami pelbagai masalah tidak dapat dielakkan antaranya kerosakan barang akibat cuaca, kekurangan pelanggan untuk ke tempat tersebut dan sebagainya.

image is not available
Sumber: Tiktok

‘Pihak penganjur yang mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan tanpa memikirkan peniaga-peniaga kecil.’ -netizen

Menurut peniaga di bazar tersebut, sewa untuk tapak berjual di kawasan tersebut bukanlah murah. Ditambah pula dengan kos untuk berniaga mampu mencecah 20K. Apabila disoal mengenai refund, pihaknya menyatakan bahawa wang tidak dapat dikembalikan atas alasan sudah di dalam perjanjian.

Ada yang berpendapat bahawa pihak penganjur hanya ‘mengutip wang’ lalu lepas tangan dalam hal tersebut.

image is not available
Sumber: Facebook

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kesal terhadap dengan pihak penganjur kerana bersikap lewa dalam hal begini. Terlalu banyak bazar yang dibuka, sehinggakan ada bazar yang tidak mendapat sambutan.

image is not available

KEMASKINI: Pihak penganjur telah memberikan penjelasan: