Tular IG Fatin Umaidah, Netizen Dedah Gambar ‘Profile’ Dicuri Oleh Individu Tak Bertanggungjawab

Entertainment
28 Nov 2023 • 2:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila influencer, Alif Teega telah berkahwin dengan isteri keduanya, Fatin Umaidah. Dalam masa yang sama, tular juga gambar pernikahan mereka yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Sedang isu ini rancak diperkatakan oleh netizen, ada pula individu yang tidak bertanggungjawab membuat akaun Instagram, kononnya milik Fatin Umaidah, isteri kedua Alif Teega.

image is not available

Gambar curi, fake account

Setelah akaun Instagram itu viral, ramai netizen memberi kecaman kepada Fatin Umaidah di platform media sosial lain kerana berpendapat profile picture dan bio akaun itu seolah-olah selfish dan tidak menjaga hati isteri pertama Alif Teega, Aisyah Hijanah.

Walau bagaimanapun, satu persatu penipuan akaun itu terdedah apabila pemilik gambar profile picture itu mendedahkan bahawa gambar perkahwinannya dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

image is not available

Fatin Umaidah lain pula kena kecam

Bukan itu sahaja, ada netizen juga yang memberi kecaman kepada individu yang kebetulan namanya sama dengan isteri baru Alif Teega. Walau bagaimanapun, individu yang dikecam itu menjelaskan dirinya bukanlah isteri Alif Teega seperti yang dianggap orang lain.

Allahuakbar, Fatin Umaidah yang korang serang tu bukan aku..

image is not available

Dah kantoi, curi gambar orang lain pula

Selain itu, individu yang disalah anggap sebagai isteri Alif Teega itu juga mendedahkan profile picture akaun palsu itu telah diubah dan diletakkan gambar orang lain.

Gambar perempuan pakai mask tu bukan gambar real Fatin bini nombor 2 Alif tu ya. Gambar tu gambar seorang girl ni. Gambar tu dah tersebar dekat TikTok dan ramai buat fake account Fatin Umaida pakai gambar tu.

image is not available

Selain itu, dia memberitahu akaun palsu itu juga telah memuat naik satu hantaran menggunakan gambar random yang diambil daripada Pinterest.

image is not available

Akhir sekali, dia yang bernama Fatin Umaidah binti Rizwan memaafkan netizen yang menuduh dirinya. Dia terkejut apabila mengetahui namanya sama seperti isteri kedua Alif Teega.

Selain itu, dia juga terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang mengambil kesempatan membuat akaun palsu dan mencuri gambar orang lain demi mendapatkan pengikut yang ramai di Instagram.

image is not available

Hmm.. tak pasal-pasal Fatin lain kena tuduh ye.

Sumber: Instagram, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.