“Be a man, jumpa wali dia” – Video Tular Lamaran ‘Ala Barat’ Lelaki Buat Netizen Kurang Senang

23 Oct 2025 • 4:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, tular satu video di mana seorang lelaki dilihat membuat kejutan kepada pasangannya dengan membuat lamaran ‘ala barat’ di khalayak ramai.

Dalam video berkenaan, dapat diperhatikan seorang lelaki tiba-tiba melutut kepada pasangan sambil menghulurkan cincin dan bertanyakan soalan jika wanita itu sudi menjadi isterinya atau tidak.

image is not available

image is not available

Boleh tonton video di sini

Dengan penularan video tersebut, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang anggap tindakan itu sweet dan ada juga yang kurang senang dengan tindakan pasangan itu yang didakwa mengamalkan budaya luar.

Sebaliknya, mereka mengatakan seorang lelaki perlu berani untuk bertemu dengan wali (bapa wanita) dan perjelaskan hasrat untuk memperisterikannya daripada melakukan tindakan lamaran tersebut.

image is not available image is not available

image is not available

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.