Bebas awal, dua prospek tekad tinggalkan kisah silam

5 Nov 2026 • 4:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bebas awal, dua prospek tekad tinggalkan kisah silam

KLUANG – Peluang dibebaskan lebih awal menjelang sambutan Deepavali menjadi hadiah paling bermakna buat dua prospek Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Madani Yakin di Penjara Kluang di sini semalam.

Lebih menyentuh hati, pembebasan itu membolehkan mereka kembali ke pangkuan keluarga selepas beberapa bulan menjalani hukuman di sebalik tirai besi.

Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Sri Siantan itu, seramai 100 prospek terdiri daripada empat wanita dan 96 lelaki dibenarkan pulang bersama keluarga serta majikan masing-masing.

Seorang prospek yang hanya mahu dikenali sebagai Suba, 42, berkata, dia sepatutnya menamatkan hukuman penjara selama lapan bulan akibat kesalahan mencuri kira-kira tiga bulan lagi.

Bagaimanapun, pembebasan menerusi program PBSL itu membolehkannya menyambut Deepavali bersama keluarga, termasuk empat anaknya.

“Banyak pengajaran saya peroleh sepanjang menjalani hukuman dan saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu.

“Walaupun baru empat bulan menjalani hukuman, kehidupan di dalam penjara membuatkan saya berasa jauh daripada dunia sebenar, terutama apabila malam menjelma dan teringatkan anak-anak,”katanya ketika ditemui di sini.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Pengarah Negeri Johor, Penolong Kanan Komisioner Walace Nawon dan Timbalan Pengarah Penjara Kluang, Penolong Komisioner Penjara Jomison Gondikit.-KOSMO! ONLINE

The post Bebas awal, dua prospek tekad tinggalkan kisah silam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved