Dua pasangan Orang Asli sertai pernikahan beramai-ramai

1 Nov 2026 • 12:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua pasangan Orang Asli sertai pernikahan beramai-ramai

KLUANG – Dua pasangan masyarakat Orang Asli antara 10 pasangan yang menyertai Program Walimatulurus Perdana Peringkat Daerah Kluang di Dewan Jubli Intan kelolaan Pejabat Kadi Daerah Kluang, di sini, hari ini.

Lebih menggembirakan semua pasangan ini, mereka hanya perlu membayar wang upah nikah serta pendaftaran, manakala urusan selebihnya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor dibawah inisiatif Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Hanizal Kamal, 24, dan Zaimah Rashid,30, masing-masing dari Kampung Orang Asli Pasir Intan dan Punjut berkata, peluang disediakan oleh pihak MAINJ ini dianggap rezeki yang tidak disangka kerana selain murah ia juga mudah untuk berurusan.

“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan negeri Johor yang telah menyediakan pakej perkahwinan seperti ini kerana ia amat memudahkan serta menjimatkan kos perbelanjaan majlis sekiranya dilakukan di rumah sendiri,” kata Hanizal kepada Kosmo!.

Sementara itu, Nordin Abdullah,55, serta pasangannya Haishah Md Nor,35, dari Kampung Orang Asli Tanah Runtuh dan masing-masing melangsungkan pernikahan kali kedua merasa amat berbangga dapat diraikan dengan penuh meriah walaupun dalam suasana sederhana. – KOSMO! ONLINE

The post Dua pasangan Orang Asli sertai pernikahan beramai-ramai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved