Bebas Berbogel Di Dalam Rumah, Kriteria Cari ‘Housemate’ Baru Bikin Netizen Geli Hati

Entertainment
14 Jul 2022 • 4:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila kita cerita mengenai bilik sewa, pelbagai karenah dan perangai yang boleh kita dapat apabila pertama kali berjumpa housemate yang baru. Banyak laman web yang mengiklankan rumah atau bilik sewa dengan harga yang berbeza-beza mingikut kemampuan kita sendiri.

Selalunya, benda first yang kita kena tengok mestilah kriteria ciri-ciri housemate seperti jantina dan status diri kan? Tapi kalini berbeza apabila seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya mencari bilik sewa yang berdekatan dengan Puchong. Min confirm korang akan berdekah punya hahahaha!

Sanggup tengok ‘housemate’ bogel jadi satu ciri keutamaan

Pengguna TikTok (@belacanmanis) telah berkongsi video yang berdurasi 9 saat itu menunjukkan paparan pengiklanan bilik sewa di sebuah platform pembelian atas talian. Antara ciri-cirinya seperti ‘matang dan pembersih’, ‘tidak bawa kawan masuk rumah’ dan ‘tidak merokok’.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen apabila ciri terakhir yang dicari adalah ‘tidak kisah nampak housemate berbogel’. Min sendiri pun berdekah!

@belacanmanis

Saya cari bilik sewa ja apa salah saya image is not available

♬ original sound – ipannnn – ipannnn

Netizen geli hati, ada yang siap minta link!

Video tersebut dapat perhatian ramai netizen yang rata-rata geli hati dengan iklan tersebut. Video tersebut tular di laman platform TikTok dengan tontonan sebanyak 190,000 dalam masa sehari. Yang paling lucu, ada antara mereka siap nak minta link untuk iklan tersebut. Nak sewa juga ke tu?

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Korang rasa berani tak nak tinggal dengan ‘housemate’ macamni? Cuba kongsikan.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.