
Tonggak tengah naturalisasi negara, Endrick Dos Santos, menyifatkan satu penghormatan besar buat dirinya apabila setiap kali dipanggil menyertai kem Harimau Malaya.
Tanpa berselindung, kapten Star City itu mengakui tidak sabar untuk kembali memperkuatkan Nalaysia selepas terpaksa diketepikan susulan kecederaan ligamen medial kolateral (MCL) ketika saingan Piala Hyundai ASEAN 2026, Julai lalu.
Tonggak berusia 31 tahun itu turut memasang impian membantu skuad kendalian Tan Cheng Hoe mencapai keputusan positif dalam dua aksi persahabatan antarabangsa tier 1 menentang China dan Yaman, masing-masing pada 14 dan 17 November di Guangdong, China.
"Saya 100 peratus bersedia dan kini bebas kecederaan.
"Tiga perlawanan bersama kelab adalah bagus -- dua kemenangan dan satu kekalahan tipis -- kerana saya sentiasa ingin berikan yang terbaik buat kelab, begitu juga ketika bersama Harimau Malaya," katanya.






