Beberapa Hari Lepas Ayah Dilantik TPM, Anak Pula Jadi Pengerusi MQ Tech. Ini 15 Perkara Tentang Nurulhidayah Zahid

Politics
6 Dec 2022 • 6:22 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Belum reda dengan kejutan ayahnya iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 meskipun Umno-Barisan Nasional mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini --

Terbaharu, anak perempuan beliau pula iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid diumumkan sebagai Pengerusi MQ Technology Bhd (MQ Tech) yang baru berkuat kuasa 5 Disember 2022.

image is not available

Nurulhidayah sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MQ Tech selepas dilantik bagi memegang jawatan itu pada 2 Jun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MQ Tech mengumumkan Pengerusinya, Datuk Lim Char Boo, ditetapkan semula sebagai Naib Pengerusi berkuat kuasa pada hari yang sama.

image is not available

MQ Tech adalah syarikat yang terbabit dalam perniagaan perkakasan dan prototaip, yang membangunkan acuan, alatan, jig serta lekapan yang digunakan dalam pembuatan pemacu cakera keras, industri automotif dan perubatan.

Berita pelantikan Nurulhidayah atau lebih popular dengan panggilan 'Kak Long' itu berlaku hanya selepas beberapa hari ayahnya membuat kejutan dilantik menjadi TPM dalam Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

image is not available

Pastinya berita ini bakal mengundang pelbagai reaksi netizen yang kerap menyelar tindakan serta perbuatan Nurulhidayah yang dianggap mereka sekadar mencari perhatian rakyat.

Jom kita tengok 15 perkara tentang Nurulhidayah atau Kak Long ini.

image is not available

1. Nurulhidayah Ahmad Zahid merupakan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

2. Beliau berusia 43 tahun dan dilahirkan pada tahun 1979.

3. Nurulhidayah memperolehi ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari UPM pada tahun 2012.

4. Anak TPM itu pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

image is not available

5. Beliau pernah mengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

6. Gelaran Datuk diterima berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad.

7. Nurulhidayah juga pernah menyertai Rejimen Askar Wataniah sebagai seorang sukarelawan ketika ayahnya, Ahmad Zahid berperanan sebagai Menteri Pertahanan.

image is not available

8. Datuk Siti Nurhaliza, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, David Teo, Ana Raffali dan Aizat Amdan merupakan antara selebriti tempatan yang turut menyertai Askar Wataniah bersama Nurul.

9. Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara rakan karib Nurul.

10. Selain penglibatan aktif dalam bidang sukarelawan, Nurul juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen. Beliau merupakan seorang pereka fesyen hijab di Couverture KL.

11. Nurulhidayah merupakan seorang ibu dan mempunyai tiga orang anak.

12. Nurulhidayah juga mempunyai seorang adik lelaki, Ahmad Khairul Hafiz.

image is not available

13. Beliau pernah menjalani kehidupan berpoligami apabila menjadi isteri kedua kepada suaminya Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff namun madunya, Datin Bahazanaria, telah pulang ke Rahmatullah akibat kanser.

14. Beliau juga pernah memiliki sebuah syarikat pengurusan acara, Karya Bonda Sdn Bhd dari tahun 2007 hingga 2012.

15. Beliau juga pernah dibantu oleh ayahnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengeluarkan sebahagian daripada wang deposit tetap berjumlah RM17.9 juta milik Yayasan Akalbudi bagi membolehkan dirinya membeli saham hotel butik di Bali, Indonesia sehingga menjadi kes mahkamah.

image is not available