“Pinangan Diterima” – Ogy Ahmad Daud Dilamar Orang Luar Negara?

5 Dec 2022 • 11:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dikenali sebagai Ogy telah memuat naik posting yang menimbulkan tanda tanya netizen baru-baru ini.

Posting tersebut telah dimuat naik di akaun media sosial miliknya dan memaklumkan bahawa dirinya telah dilamar oleh orang luar negara, eh yeke?

Majlis minggu depan

image is not available

Melalui posting tersebut, Ogy memaklumkan dirinya telah menjalani proses merisik, meminang dan majlis tersebut bakal diadakan pada minggu hadapan. Rata-rata komen daripada warga net berasa teruja dengan posting tersebut.

image is not available

Namun, apabila ditanya mengenai siapakah gerangan jejaka yang menjadi pilihan, Ogy hanya memberitahu ‘orang luar negara’

image is not available

Apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Ogy.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media