Beberapa kali jalani penggambaran dengan Izzue Islam, tidak pernah sentuh saya – Riena Diana

Entertainment
17 Nov 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Beberapa kali jalani penggambaran dengan Izzue Islam, tidak pernah sentuh saya – Riena Diana

PETALING JAYA: Pelakon, Riena Diana memuji prinsip aktor, Izzue Islam yang dikatakan sering menjaga batas dalam lakonan setiap kali bekerjasama untuk sesebuah nafkah.

Menurut Riena, Izzue juga bijak bermain dengan sudut kamera setiap kali perlu menjayakan babak bersentuhan ketika menjalani penggambaran.

”Sudah beberapa kali jalani penggambaran dengan Izzue, sememangnya tidak pernah sentuh saya dan hanya main sudut kamera sahaja,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam masa sama, pelakon drama Racun Segumpal Hati itu menyifatkan Izzue merupakan antara aktor yang dia selesa untuk digandingkan bersama.

“Salah seorang hero yang saya hormat dan selesa untuk bekerja. Bendera hijau dalam realiti juga suami kakak saya Awin Nurin,” tulisnya.

Riena berkata demikian ketika membalas perkongsian seorang individu yang memuji lakonan Izzue menerusi drama Suamiku Anak Mak yang dilihat tetap menjaga batas dalam lakonannya sewaktu menjayakan babak bersalaman dengan pelakon, Dian P. Ramlee.

“Aku dah kata Izzue ini seperti hutan hijau. Pandai dia main sudut untuk nampak seperti salam betul,” komen individu berkenaan.

The post Beberapa kali jalani penggambaran dengan Izzue Islam, tidak pernah sentuh saya – Riena Diana appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved