Beberapa kawasan di Ipoh dilanda banjir

4 Oct 2022 • 11:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hujan lebat selama beberapa jam sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan di Ipoh dilanda banjir. - Foto Ihsan pembaca

IPOH - Hujan lebat selama beberapa jam sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian banjir di Akademi Badminton, Bandar Meru Raya dan kawasan Ulu Chepor di sini.

"Kesemua mangsa di akademi badminton itu keluar sendiri dan tiada pemindahan mangsa dibuat setakat ini.

"Pemantauan banjir di lokasi terlibat masih dilakukan oleh pihak bomba sehingga kini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam Selasa. - Bernama