Hujan lebat cetus banjir di beberapa kawasan di Ipoh

5 Oct 2022 • 8:53 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Hujan lebat selama beberapa jam sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima laporan kejadian banjir di Akademi Badminton, Bandar Meru Raya dan kawasan Ulu Chepor di sini.

“Kesemua mangsa di akademi badminton itu keluar sendiri dan tiada pemindahan mangsa dibuat setakat ini.

“Pemantauan banjir di lokasi terlibat masih dilakukan oleh pihak bomba sehingga kini,“ katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam. - Bernama