Gempa bumi 6.5 skala Richter, Malaysia turut rasa gegaran

27 Nov 2025 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Imej pemantauan menunjukkan lokasi gempa. - Foto MetMalaysia

SHAH ALAM - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5  dilaporkan berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 12.56 tengah hari pada Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, pusat gempa bumi itu dikesan di 2.7 darjah utara dan 95.9 darjah timur pada kedalaman 57 kilometer dengan jarak 8 kilometer selatan dari Simeulue, Indonesia.

Susulan gempa itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

"Gegaran dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia," katanya menerusi laman web met.gov.my.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved