Beberapa orang tebunuh dan cedera dalam kejadian tembakan di pasar raya AS

23 Nov 2022 • 2:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Beberapa orang dilaporkan terbunuh dan cedera dalam kejadian tembakan lewat Selasa di sebuah Walmart di Chesapeake, Virginia, lapor Xinhua.

Panggilan mengenai kejadian itu diterima pada 10:12 malam. (0312 GMT Rabu), menurut polis Chesapeake.

Jumlah kematian dan kecederaan masih belum jelas. Lelaki bersenjata itu dikatakan telah meninggal dunia.

Ramai anggota polis dilaporkan berada di luar pasar raya serta berpuluh-puluh kenderaan kecemasan juga dilihat di tempat kejadian.

Polis sedang menyiasat di keseluruhan bangunan Walmart dan orang ramai diminta mengelak dari kawasan berkenaan.-Bernama