[VIDEO] Netizen Kagum Gadis Melayu Fasih Cakap Mandarin Tolong Aunty Cina Masa PRU

Entertainment
23 Nov 2022 • 12:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menguasai bahasa asing adalah satu perkara yang patut dibanggakan kerana bukan mudah untuk kita belajar dan menguasai suatu bahasa tertentu. Lagi-lagi kalau bahasa itu bukan bahasa ibunda kita.

Kita sering dengar orang fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil di Malaysia. Kita juga akan teruja bila terjumpa seseorang yang fasih berbahasa asing.

Macam baru-baru ini, telah tular sebuah video di Tiktok, memaparkan seorang gadis Melayu yang fasih berbahasa Mandarin telah mendapat perhatian warganet.

@waniliew

Syukur dapat tolong orang tak kira warna kulit. Best best. image is not available#PRU15 Thank you kakak ajak image is not available

♬ original sound – Waniliew – Waniliew

Beri penerangan dalam bahasa Mandarin

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat situasi pilihan raya umum (PRU) di sebuah pusat mengundi dan kelihatan gadis tersebut bertugas sebagai petugas SPR.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah apabila mendengar perbualan mereka, gadis melayu itu dilihat fasih berbahasa Mandarin. Dia dilihat sedang membantu seorang aunty Cina dengan memberitahu keberadaan bilik saluran yang sepatutnya.

image is not available

“Nombor giliran makcik 789. Makcik kena masuk saluran 2 dan nanti bagitahu pada pegawai nombor giliran makcik 789,” katanya dalam video berkenaan.

TIdak dapat dinafikan, penguasan bahasa selain bahasa ibunda bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi, kalau kena tempat dan waktunya ia boleh digunakan untuk tolong orang lain macam akak dalam video ni.

Apa kata netizen?

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum melihat kefasihan gadis itu berbahasa Mandarin. Ada juga yang meluahkan rasa cemburu kerana mereka tidak dapat menguasai bahasa selain bahasa ibunda mereka.

image is not available

image is not available

Fuhhh memang terbaik la akak ni! Dapat guna kelebihan dia untuk kebaikan masyarakat.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.