Beberapa Pokok Tumbang Susulan Hujan Dan Ribut Petir Di Kuching

11 May 2024 • 4:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pokok tumbang di Matang Jaya telah menimpa sebuah kenderaan

Beberapa Pokok Tumbang Susulan Hujan Dan Ribut Petir Di Kuching. Dilaporkan, bandar Kuching hari ini telah dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kawasan ditengelami banjir kilat.

Hujan lebat ini juga telah menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan seperti di Matang Jaya, di Jalan Astana dan juga di kawasan Petrajaya.

image is not available
Beberapa Pokok Tumbang Susulan Hujan Dan Ribut Petir Di Kuching. Sumber foto: The Borneo Post

Pokok tumbang berkenaan telah menimpa sebuah kenderaan

Di Matang Jaya, pokok tumbang berkenaan telah menimpa sebuah kenderaan yang lalu di kawasan tersebut.

Bermula lebih kurang jam 11.30 pagi, hujan berkenaan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda kerana sesetengah kawasan sepert Jalan Green telah dinaiki air.

image is not available

Keadaan kini sudah beransur pulih

Padang Merdeka juga turut ditengelami air tetapi keadaan dilaporkan sudah beransur pulih.

Oleh kerana kadar paras air yang naik pantas yang tidak dijangka ini, orang ramai menghadapi gangguan lalu lintas dan keadaan yang mencabar seperti di Jalan Stephen Yong dan Jalan Batu Kawa menghala ke Bau, yang kini mengalami trafik perlahan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: